bila waktu telah berakhir

Monday, 21 November 2016

Rimba Berbatu

Aku melihat kehidupan di sana,

penuh penyeksaan,aku melihat dunia yang hanya fatamorgana,

tipuan mata segalanya,aku melihat manusia,

semuanya sibuk mencari harta dunia,iman berciciran entah kemana,

remajanya pula tiada harga,

kerana  kebejatan iman akhlak tidak dijaga,

aku melihat segenap manusia yang tidak mengenali Tuhan,

seolah buta hatinya dengan kekufuran,lalu aku duduk sendirian, 

dan memikirkan,

bagaimana DAKWAH dapat dijalankan.

No comments:

Post a Comment